dj2_cropped_1490785916.jpg

Kuala Lumpur: Penyampai Radio Popular, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, merayu kepada pihak hospital untuk keluar bagi membolehkan dia menyempurnakan beberapa komitmen kerja.

Ditemui di majlis penjenamaan semula stesen radio Suria, di sini, hari ini, DJ Lin hadir dengan gelang hospital masih berada di pergelangan tangan.

Dia dimasukkan ke hospital Sabtu lalu kerana mengalami masalah nadi lemah.

“Bagaimanapun saya terpaksa merayu kepada doktor dan pentadbiran hospital kerana perlu menghadiri majlis pengumuman Top 5 Anugerah MeleTop semalam.

“Sebagai penyampai radio di stesen bukan nombor satu, apabila nama saya disenaraikan dalam Top 5, sudah tentu ia dianggap satu pencapaian,” katanya.

Kata DJ Lin, dia harus hadir di majlis itu bagi mewakili stesen radio Suria yang turut berbangga dengan pencapaian diperoleh.

“Hari ini pula saya harus hadir di majlis penjenamaan semula Suria dan kemudian ke konti untuk bertugas. Selesai segala kerja baru saya akan kembali ke hospital dan bertemu dengan doktor,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.