MEDAN 16 FEBRUARY 2017. Pasukan yang beraksi di gelanggang Futsal The Kop.Dalam perlawanan futsal tersebut membabitkan Kelab UMNO Medan (KUM), pasukan tuan rumah diwakili Persatuan Wartawan Indonesia Sumatera Utara (PWI Sumut) serta Media Perak yang diwakili pelbagai agensi media.STR/MUHAMAD IZZAT NASURUDEN

29hm55ftp_1490740054

- Advertisement -

Ipoh: Aksi bertenaga dipamerkan setiap pasukan dalam Kejohanan Futsal Tiga Penjuru di gelanggang The Kop, Jalan Krakatao, Medan, Indonesia baru-baru ini mendapat pujian penganjur.

Perlawanan disertai pasukan futsal Kelab UMNO Medan (KUM), Media Perak dan tuan rumah yang diwakili Persatuan Wartawan Indonesia Sumatera Utara (PWI Sumut).

Wakil penganjur yang juga Pengerusi PWI Sumut Herman Sjah berkata, beliau gembira dengan kunjungan persahabatan Media Perak ke Medan menerusi perlawanan futsal.

Katanya, objektif utama perlawanan adalah untuk menjalin hubungan baik antara media dari dua negara berbeza dengan kebanyakan penonton terhibur aksi bertenaga dan skil yang dipamerkan pemain setiap pasukan.

“Tidak dinafikan rakan-rakan media dari Perak mempunyai bakat besar dalam sukan futsal dan memberi tentangan sengit dalam setiap perlawanan. Begitu juga UMNO yang diwakili penuntut beberapa universiti di Medan,” katanya yang merancang mengadakan kunjungan balas ke Ipoh pada masa akan datang.

Dalam perlawanan itu, Media Perak menang 3-2 ketika bertemu KUM manakala pada aksi kedua pasukan tuan rumah PWI Sumut mempamerkan belang apabila mengalahkan KUM 7-4 dan menang tipis 1-0 ke atas Media Perak.

Kunjungan pasukan Media Perak turut mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 dengan mengedarkan risalah mengenai tempat menarik kepada pemain dan masyarakat di sekitar bandar Medan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: