Jpeg

29hm55ds_1490740093.jpg

- Advertisement -

Lenggong: Penantian Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II (SMKSIS II) Gerik sejak 10 tahun lalu berakhir apabila dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Perak di sini, baru-baru ini.

Kejohanan tiga hari bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong itu menyaksikan SMKSIS II memperoleh lapan emas untuk mengatasi 21 pasukan lain.

Pada hari terakhir kejohanan SMKSIS II mengatasi pesaing terdekat SMK Tun Saban Pengkalan Hulu yang mengutip 6 emas, 2 perak dan 5 gangsa.

Pengurus pasukan, Kamaruzaman Hussin berkata, latihan dua bulan berbaloi apabila memungut keseluruhan 22 pingat termasuk 8 perak dan 6 gangsa.

“Pada kejohanan kali ini kami komited mengadakan pemilihan dan saringan secara serius, diikuti latihan intensif dua bulan bagi memastikan dominasi acara tahun ini.

“Kami berazam meraih lebih banyak emas pada kejohanan di peringkat negeri tidak lama lagi,” katanya.

Lebih membanggakan katanya, seorang atletnya meraih dua emas pada kejohanan itu iaitu Nur Fariesya Ismail, 13, menerusi acara 1,500 dan 800m sekali gus menjadi atlet tambatan pasukannya.

Hadiah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering Datuk Mohd Tarmizi Idris dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak Nasaruddin Zakaria.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: