- Advertisement -

Hetty Sarlene binti Abdul Hamid (lahir 21 April 1984) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura yang kini menetap di Malaysia. Selepas mengadakan persembahan di dua pertandingan antarabangsa pada 1999, beliau mengikat kontrak bersama New Southern Records. Selepas menerbitkan dua album bersama mereka dan memenangi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik, beliau beralih ke bidang lakonan.

Kerjaya

Sarlene mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999, di mana beliau menduduki tempat keempat, serta pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia, di mana menduduki tempat kelima. Selepas itu, pada tahun 2000 Sarlene telah diberikan kad New Southern Records; pengurusnya, Iman Wan, telah mencungkil beliau selama beberapa tahun tetapi tidak menandatangani beliau kerana faktor usia. Selepas mendaftar dengan NSR, Hetty mengeluarkan single sulung, “Rindu Aku Rindu”, yang mendapat sambutan hangat. Kejayaan ini membawa beliau untuk melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dalam bulan Julai tahun itu, yang mengandungi lagu-lagu lain, duet dengan Anuar Zain bertajuk “Demi Cinta Kita”.

Satu lagi single, “Sangsi Asmara” telah dikeluarkan pada Oktober 2001 sebagai sebahagian daripada album kompilasi, Sutera 2. Album kedua Hetty, Tiada Lain, dilancarkan pada 15 Oktober. Ia termasuk lagu, “Kau Tetap Ku Cinta” ditulis oleh Hetty dan juga duet bersama Rem bertajuk “Hampa”. Beliau dikatakan terharu dengan hasilnya, dan mengikuti keluaran dengan promosi selama beberapa bulan. Bagaimanapun, album ini kurang berjaya di pasaran. Pada 2002, Hetty memenagi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik dan telah berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya, yang berkhidat sebagai pengurusnya.

Pada 2003, Sarlene membuat kemunculan sulung dalam filem Iskandar menerusi watak utamanya. Pada mulanya berat hati untuk mengambil peranan pada 2002 selepas mendapat tawaran ujibakat oleh sebuah syarikat penerbitan. Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama adaptasi filem 1995 Sembilu sebagai Zetty, yang bersiaran selama 5 musim. Pada 2005, beliau membintangi filem Sembilu 2005, yang merupakan pembikinan semula daripada filem Sembilu, pada 2008 Sarlene membintangi filem aksi Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: