Bilik pameran Ferrari Petaling Jaya berwajah baharu

Selain melancarkan Ferrari SF90 Stradale, petang tadi, Naza Italia, pengedar dan pengimport rasmi Ferrari di negara ini, turut memperkenalkan bilik pameran Ferrari Petaling Jaya yang kini berwajah baharu.

Bilik pameran dua tingkat ini kini digubah mengikut Identiti Korporat Ferrari yang baharu telah menelan kos sebanyak RM3.5 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Ia berkeluasan 11,900 kaki persegi dan mampu mempamerkan tujuh unit kereta dalam satu masa.

Untuk tingkat bawah yang merupakan bahagian utama untuk bilik pameran ini, ia mempamerkan barisan model terkini Ferrari untuk pasaran tempatan. Ia juga menempatkan ruang lounge untuk pelanggan yang turut dilengkapi dengan coffee bar selain heritage wall dan mini perpustakaan yang menempatkan bahan bacaan mengenai sejarah, legasi dan evolusi jenama ini sejak ia ditubuhkan sehinggalah kini. Ini termasuklah pencapaian Naza Italia yang telah 11 tahun menjadi pengedar bertauliah jenama ini di Malaysia.

12_Ferrari Approved Display-BM
06_Customer Lounge-BM
09_Configuration Room-BM

Selain itu, bilik konfigurasi juga ditempatkan di tingkat yang sama, di mana para pelanggan boleh memilih material dan pilihan lain yang ada, malah menempatkan panel “atelier” eksklusif yang membolehkan bilik ini ditutup apabila pelanggan mahu membuat pilihan secara lebih tenang dan privasi.

Bilik ini menempatkan pilihan rekaan untuk contoh fabrik, kulit, warna badan jentera dan kemasan. Serta pilihan untuk rim, tempat duduk dan juga roda stereng.

Di aras satu pula didedikasikan khas untuk Ferrari Approved iaitu program pensijilan pra-milik jenama ini. Di mana terdapat beberapa model pra-milik yang dipamerkan yang kesemua telah melalui pemeriksaan 190-langkah yang teliti bagi memastikan pelanggan yang membelinya dapat memiliki Ferrari yang bertaraf dunia.

Bilik pameran Ferrari Petaling Jaya ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, manakala untuk hari Sabtu pula, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Jika pelanggan ingin mengunjungi pada hari Ahad atau pun cuti umum, perlulah membuat temujanji terlebih dahulu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: