Malaysia Artist- Liza Hanim


- Advertisement -
Haliza Hanim binti Abdul Halim (lahir di Klang, Selangor, 19 November 1979; umur 40 tahun) atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan. Beliau mula dikenali ramai setelah menjadi naib johan bagi pertandingan Golden Teen Search pada tahun 1996. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.
Kehidupan peribadi
Liza mendirikan rumahtangga bersama anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003. Mereka dikurniakan lima cahaya mata, iaitu dua puteri dan tiga putera.
Profil vokal
Voice Type: Light Coloratura Soprano
Low-Mid Notes: Siapa Dia (C3), Perasaan Terhenti(Eb3), Kata Hati (F3)
High Notes: Gelisah Mimpi (F5), Andainya Aku Bersuara (F#5), Ku Idam Rindu (G5), Merawat Luka Terpendam (B5), Perasaan Terhenti (G6)
Vocal Range:3.7 octave