Malaysia Artist- Ning Baizura

Ning Baizura Sheikh Hamzah (lahir 28 Jun 1975) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia, berasal dari Kajang, Selangor.

Kerjaya

Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.

Zaman kejatuhan Ning bermula ketika di pertengahan 1990-an. Namanya lesap begitu sahaja hingga menyebabkan beliau telah mengundurkan diri buat seketika. Selama beliau menyepikan diri, ramai pihak menyatakan bahawa kemananya Ning menhilangkan diri. Akhirnya, Ning berjaya bangkit semula dalam bidang seni apabila beliau muncul dengan album baru yang merupakan album Inggeris kedua beliau iaitu Natural Woman yang diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat rakaman di Jepun. Kini, Ning bukan sahaja berjaya menaikkan namanya semula dalam bidang seni, beliau juga berjaya mendidik dua penyanyi popular iaitu Nikki dan Yanie yang merupakan artis di bawah syarikat rakamannya. Baru-baru ini, Ning dan pengurusnya, Vernon Kedit telah pun pergi ke London untuk rakaman album Ning di sana. Mereka telah berbincang tentang pemasaran Ning di sana. Setelah berbincang, akhirnya pihak syarikat rakaman di sana bersetuju untuk memasarkan album Ning di beberapa negara Eropah di sana.

Kehidupan peribadi

Ning dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor. Beliau telah berkahwin dengan Omar Shariff yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlangsung pada 31 Januari 2008.

Kontroversi

Di sebalik populariti Ning yang begitu hebat suatu ketika dahulu, beliau juga sering menjadi mangsa kontroversi. Penampilan dan personaliti diri Ning juga sering dikritik oleh ramai pihak termasuklah tokoh-tokoh ahli politik. Pernah suatu ketika dahulu beliau memperkatakan bahawa jika beliau ingin melakukan persetubuhan atau seks, beliau akan melakukan hubungan tersebut bersama dengan lebih dari seorang. Namun begitu, beliau akhirnya menarik balik kata-kata itu dengan meminta maaf kepada khalayak umum.

Ning telah mendedahkan dalam majalah FHM (For Him Magazine) versi Malaysia isu Julai 2000 bahawa dia antara lain lebih menggemari seluar dalam G-string dan sukakan seks di waktu pagi. Selain itu, dia juga berangan-angan melakukan hubungan kelamin dengan lima orang lelaki sekaligus. Pada awalnya, temu ramah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris ini tidak disedari masyarakat umum. Namun, apabila satu akhbar berbahasa Melayu menyiarkan terjemahan temu ramah itu beberapa minggu kemudian, semua pihak mengecam Ning. Ning akhirnya disuruh hadir ke Kementerian Informasi Malaysia manakala pemeriksaan terhadap majalah FHM oleh pihak berkuasa adalah lebih ketat berbanding majalah-majalah lain.

Kes saman

Pada 12 Oktober 2010, Ning dibicarakan berhubung kes saman oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta. Peguam Harleen Kaur mewakili Bajona dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura . Pada 7 Julai 2009, Bajona telah menguruskan persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa Ning Baizura telah memfitnahnya pada 24 Januari 2009 melalui laman sosial ”Facebook.” Bajona sepatutnya mempromosikan dirinya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa tetapi hanya menyanyi di kelab-kelab kecil, malah beliau tidak menerima sebarang bayaran.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: