5 Kebaikan vivo X50 Pro

36

VIVO, syarikat teknologi terkemuka sememangnya tidak pernah sepi dengan produk berinovasi. Kini, vivo tampil dengan siri X terbaharu mereka iaitu X50 dan X50 Pro.

Sama seperti peranti keluarannya yang lain, vivo X50 dan X50 Pro didatangkan dengan kelebihannya tersendiri.

Jom semak lima kebaikan siri vivo X50 ini yang pastinya membuatkan anda teruja dan ingin memilikinya.

1. Fungsi Gimbal yang menakjubkan

Tarikan utama varian vivo X50 Pro ini ialah fungsi gimbal di kamera belakangnya. Menerusi fungsi ini, ia memberikan kestabilan yang jauh lebih baik berbanding penstabil imej optikal (OIS).

Terdapat empat kamera belakang pada peranti ini, iaitu kamera utama 48MP F1.6, kamera potret 13MP F2.46, kamera telefoto 8MP F3.4 dan kamera makro 8MP F2.2.

Kamera hadapnnya pula 32MP F2.45, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

2. Spesifikasi yang tinggi – Mod Malam

Dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 765G dengan storan 128GB, 8GB RAM. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.56-inci AMOLED capacitive touchscreen. Siri ini mempunyai kadar penyegaran skrin tinggi 90Hz, menampilkan gambar, filem, dan permainan yang jelas tanpa kabur, varian Pro dilengkapi kamera versatil dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang dengan kamera utama 48MP, sudut super lebar 8MP, potret profesional 13 MP dan 8MP 5x teleskop yang menyokong zoom sehingga 60x sekali gus membolehkan pengguna merakam gambar terperinci dengan lebih dekat.

Selain itu, kedua-dua varian ini juga mempunyai kamera ‘selfie hole-punch’ 32-megapixel, ‘dual-mode’ 5G dan Wi-Fi 6 yang turut menjalankan Vivo’s Funtouch OS 10, berdasarkan Android 10.

X50 dan X50 Pro juga memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan dari pemandangan bandar dan desa pada waktu malam. Sementara fungsi 120° Super Wide-Angle (108° selepas pembetulan distorsi) dan Super Macro pula membantu menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario.

Mod Potret vivo yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian empat lapisan pula, membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus.

3. Pengalaman 5G terhebat

Teknologi 5G kini semakin berkembang pesat dan ia juga tidak lama lagi akan tersedia di Malaysia.

Justeru, peranti terbaharu vivo X50 ini dicipta bagi menyokong faedah 5G sekali gus membolehkan pengguna menikmati kelajuan dan interkoneksi (saling hubungan) yang lebih pantas.

Selain itu, siri ini juga menyokong penyambungan 5G, yang membolehkan pengguna tetap dalam talian dengan kelajuan pantas dan latensi rendah.

4. Reka bentuk yang cantik

Sama ada vivo X50 atau X50 Pro, kedua-dua varian ini dilengkapi dengan ciri ‘Super Night Mode’ dan ‘Starry Sky Mode’ yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan pada waktu malam.

Selain itu, Reka bentuk siri vivo X50 ini juga menggabungkan elemen semula jadi dan estetik futuristik bertujuan untuk melengkapkan gaya hidup aktif pengguna.

5. TWS Earphone Neo pelengkap X50 dan X50 Pro

Sementara itu, dengan pelancaran Vivo TWS Earphone Neo tanpa wayar, ia melengkapi kehendak pencinta muzik harian yang memiliki Vivo X50 dan X50 Pro dalam memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi dan lebih jelas.

Direka dengan mengkaji kepentingan keperluan pengguna, TWS Earphone Neo ini juga menampilkan AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan suara.

Menarik bukan? Bagi yang ingin mendapatkannya, peranti ini sudah boleh diperoleh melalui semua premis menjual vivo atau pun dari platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut mengenainya, klik laman rasmi disini​ dan Facebook vivo Malaysia.

#vivoX50Series​ ​#vivoX50​ #PhotographyRedefined

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: