Mayweather tayang jam tangan RM85 juta

25

LEGENDA tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather tanpa berselindung mempamerkan koleksi 41 jam tangan mewahnya bernilai lebih £16 juta (RM85.62 juta).

Money, 43, yang mengaut £300 juta (RM1.6 bilion) hasil pertarungan dengan Conor McGregor turut menambah £67 juta (RM358 juta) lagi menerusi pertarungan berat sebelah menentang jaguh kickboxing Jepun, Tenshin Nasukawa pada 2018.

Dan pada awal tahun ini dia memberi gambaran kepada peminat cara dia membelanjakan ganjaran kemenangan itu dengan mempamerkan dua beg yang dipenuhi jam bertatah berlian.

MAYWEATHER bersama dua beg dipenuhi jam tangan bertatah berlian. FOTO Agensi
MAYWEATHER bersama dua beg dipenuhi jam tangan bertatah berlian. FOTO Agensi

Bagaimanapun, Mayweather mendakwa koleksi kegemarannya sahaja bernilai £14 juta (RM74 juta) dan memakai jam tangan baharu setiap hari ketika bercuti.

Petinju yang memegang rekod 50-0 itu berkata: “Anda tahu apa itu gila? Orang selalu menyibuk dengan apa saya lakukan dan apa yang saya tak lakukan. Apa yang saya dapat dan tak dapat.

“Apabila saya bercuti 30 hari, saya bawa bersama 30 jam. Jika saya tambah 10 hari lagi, saya akan tambah 10 jam lagi. Dan jika saya mahu memakai satu jam sahaja, ia satu-satunya yang bernilai $18 juta (RM76.97 juta).

Selain itu Mayweather turut memiliki jam tangan hadiah daripada MGM Grand bernilai $400,000 (RM1.7 juta) yang hanya tujuh keluaran sahaja di dunia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: