SPYSHOT: Peugeot Landtrek dilihat di uji di Malaysia – trak pikap berasaskan Changan Kaicheng F70

01

Ini sesuatu yang tak terduga untuk di temui di Malaysia – pembaca kami, Fiirdaus Romeli telah terlihat dan merakam trak pikap dari jenama Perancis, iaitu Peugeot Landtrek di sini.

Unit tersebut dilihat dengan pelekat penyamaran yang sangat minima, masih lagi dalam versi pemanduan sebelah kiri dan masih menggunakan trade plate – ia mungkin di uji bagi menilai prestasinya untuk kegunaan dalam cuaca seperti di rantau Asia Tenggara.

Bagi yang belum mengetahui, Peugeot Landtrek ini dihasilkan khas untuk pasaran benua Afrika dan juga Amerika Latin, didedahkan pada awal tahun ini, namun hanya akan dijual pada pasaran-pasaran tersebut pada hujung tahun 2020. Ia juga sebenarnya sebuah model yang diasaskan dari trak pikap buatan China iaitu Changan Kaicheng F70 yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun lalu.

Trak pikap ini akan ditawarkan dalam bentuk badan chassis cab, single cab dan double cab, hadir dengan pilihan enjin petrol dan diesel, serta opsyen pacuan empat roda atau dua roda di belakang. Untuk versi petrol, Landtrek dijana enjin petrol 2.4 liter turbo berkuasa 210 hp/320 Nm dengan pilihan kotak gear sama ada manual enam-kelajuan Getrag atau automatik enam-kelajuan Punch dengan mod Sport dan Eco.

Manakala bagi versi diesel pula, trak pikap ini dijana oleh enjin 1.9 liter VGT berkuasa 150 hp dan 350 Nm, hadir hanya dengan padanan kotak gear manual enam-kelajuan Getrag.

Pada bahagian luaran pula, trak pikap ini hadir dengan muka yang diberikan elemen sebuah Peugeot menerusi gril besar dengan logo ‘singa berdiri’ pada bahagian tengah, dan juga lampu LED menegak.

Manakala pada bahagian dalaman, trak pikap Peugeot ini menampilkan rupa yang berbeza dari versi Changan di mana papan pemukanya dihasilkan dengan inspirasi dari sedan Peugeot 508, serta diberikan roda stereng rata di bawah.

Trak pikap ini juga menerima spesifikasi premium seperti sistem pendingin hawa automatik dua-zon, dan juga sistem infotaimen dengan skrin sesentuh 10-inci definasi tinggi serta sambungan Apple CarPlay/Android Auto dan hard drive 10 GB.

Untuk kelengkapan keselamatan, ia dilengkapi enam beg udara, ESP, Hill Descent Control, ASR untuk kedua-dua versi 4×2 dan 4×4, Lane Departure Warning, Trailer Swing Control dan dua cagak Isofix di tempat duduk belakang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: