Pengecualian SST 2020: senarai harga kenderaan Proton – lebih murah sehingga RM7,000 atau 5.7%

0

22

- Advertisement -

Proton adalah syarikat berikutnya yang mendedahkan pulangan balik untuk pelanggan berikutan pengecualian cukai jualan yang diberi sehingga 31 Disember 2020. Berbeza berbanding pengeluar lain, Proton tidak menyediakan potongan cukai secara terus, dan jumlah yang anda lihat ini turut termasuk dengan diskaun tambahan.

Sebagai jenama tempatan, semua model Proton adalah dibuat atau dipasang dalam negara, sekaligus melayakkan mereka mendapat pengecualian penuh. Model Saga mendapat rebat RM500 atau 1.4% manakala Iriz dipasarkan sehingga RM800 lebih murah atau 1.58%. Persona pula mendapat diskaun sehingga RM900 atau 1.65%.

Seterusnya dalam senarai adalah MPV Exora, di mana ia kini lebih murah sehingga RM2,500 atau 4.18% (ini adalah untuk varian rendah Executive CVT sementara varian Premium CVT cuma mendapat rebat RM2,000). Model yang mendapat manfaat paling besar daripada pengecualian cukai ini adalah X70, yang diberikan rebat RM7,000 atau 5.7%. Secara keseluruhannya, MPV ini dijual pada harga antara RM90k hingga RM116k.

Ada di antara anda mungkin tertanya kenapa Saga, Iriz dan Persona menerima rebat rendah, iaitu bawah dua peratus sedangkan Perodua Axia yang paling murah pun dikurangkan sebanyak tiga peratus. Proton tidak memberitahu sebab sebenar tapi ia berkemungkinan kerana sebelum ini Proton telah menyerap ko SST sejak cukai itu diperkenalkan semula pada September 2018.

Harga waktu “cuti cukai” dari Jun hingga Ogos 2018 itu telah dikekalkan sehingga kini, termasuklah untuk model facelift yang diperkenalkan kemudiannya (tahun lepas). X70 adalah satu-satunya kereta baru yang dilancar selepas pengenalan semula SST, dan mungkin sebab itu ia menunjukkan pengurangan harga paling banyak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d