Sony perkenal dua versi PS5, permainan baharu

0

17

- Advertisement -

NEW YORK/TOKYO: Sony Corp memperkenalkan dua versi konsol permainan PlayStation 5 (PS5) dan beberapa permainan baharu dari pentas maya.

Ini kali pertama ia memperkenalkan barisan generasi baharu menjelang pertembungan musim cuti bersama pesaingnya, Xbox keluaran Microsoft Corp.

Permainan baharu Spider-Man sedia dilancarkan pada musim cuti, bersama pengenalan konsol hitam-putih.

Sony juga akan memperkenalkan permainan perlumbaan Gran Turismo, di samping versi terlaris terbitan Take-Two Interactive Software Inc, Grand Theft Auto V yang dipertingkatkan untuk PS5 tahun depan.

Versi kedua PS5, dipanggil ‘Digital Edition’, akan dilengkapi pemacu cakera Blu-ray dan menawarkan muat turun sebagai satu-satunya cara membeli permainan baharu.

Langkah ini akan mempercepatkan peralihan kepada muat turun digital selain tidak memerlukan peruncit seperti Amazon.com Inc, GameStop Corp serta Walmart Inc.

‘Digital Edition’ PS5 mempunyai reka bentuk lebih canggih dan dijangka lebih murah berbanding model standard, walaupun Sony tidak mendedahkan maklumat harga.

Saham syarikat hiburan Jepun itu jatuh sehingga 3.9 peratus dalam dagangan awal semalam, penurunan antara hari terbesarnya dalam tempoh lebih dua bulan.

“Kelihatannya warna tema PS5 adalah putih,” kata penganalisis Ace Research Institute, Hideki Yasuda.

“Saya tidak merasakan ada banyak konsol permainan berwarna putih, berbentuk bujur di penjuru mencatatkan jualan tinggi sebelum ini, justeru Sony mengambil cabaran ini dengan reka bentuk sedemikian.”

Sony turut menampilkan beberapa permainan baharu daripada pelbagai francais profil tinggi, termasuk Resident Evil 8, Demon’s Souls dan sekuel kepada permainan popular PlayStation 4, Horizon Zero Dawn.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: