BMW Malaysia kini berikan jaminan lapan tahun atau 160,000 km untuk bateri model plug-in hybrid

0

24

- Advertisement -

BMW Malaysia telah mengumumkan bahawa model plug-in hybrid (PHEV) mereka kini datang dengan jaminan lebih lama, iaitu lapan tahun atau 160,000 km, berbanding enam tahun atau 100,000 km sebelum ini. Jaminan ini adalah berbeza dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan yang diberi untuk keseluruhan kenderaan.

Melalui program jaminan 6+2 tahun ini, antara model yang mendapat manfaatnya adalah 530e G30 – yang ditawarkan dalam varian Sport dan M Sport, serta 740 Le LCI G12. Ia ditawarkan dari 1 Jun hingga 31 Disember 2020, dan boleh dipindah kepada pemilik baru kenderaan sama selagi pakej jaminan itu masih sah.

Bagi pemilik PHEV BMW sedia ada pula, jaminan tambahan dua tahun dan 60,000 km boleh dibeli pada harga RM2,200 untuk model 330e M Sport F30, X5 xDrive40e F15 dan 530e Sport/M Sport G30. Bagi model 740Le xDrive pula, jaminan tambahan ini dijual pada harga RM7,600.

Menurut perincian jaminan tambahan ini, antara syarat biasa yang ditetapkan adalah termasuk penyelenggaraan penuh di pusat servis rasmi BMW mengikut spesifikasi pengeluar. Di dalamnya juga tertulis, “Ia tidak patut dianggap sebagai polisi jaminan penggantian pencegahan. Hanya modul yang telah disahkan rosak sahaja akan ditukar setelah diuji menggunakan protokol diagnostik BMW, penemuan teknikal atau lain-lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: