04

- Advertisement -

Bunga Citra Lestari (lahir 22 Mac 1983), juga dikenali sebagai BCL merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Memulakan kerjayanya pada 2002, beliau terkenal dengan lagu “Cinta Pertama” dan “Ingkar” serta sinetron Bayu Cinta Luna.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Jakarta kepada pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif. BCL menghabiskan masa SMP-nya di Lhokseumawe Nanggroe Aceh Darussalam.

Kerjaya

Lagu popularnya yang berjudul Sunny juga menjadi bunyi latar untuk filem Cinta Pertama. Beliau pernah berduet dengan PAS Band yang merupakan awal kerjayanya di dunia muzik.

Antara drama lipur lara lain yang pernah dibintanginya adalah Bukan Perempuan Biasa, ABG dan Senandung Masa Puber.

Beliau juga menceburi dunia muzik. Lagunya yang pernah menjadi popular adalah “Aku Tak Mau Sendiri”. Pada tahun 2006, Bunga Citra Lestari telah menghasilkan album Cinta Pertama, dan diikuti dengan album Tentang Kamu pada tahun 2008. Album berikutnya adalah album The Best Of BCL yang dihasilkan pada tahun 2013 dan diikuti dengan album Hit Singles And More pada tahun 2015.

Lagu Cinta Pertama (Sunny) yang merupakan bunyi latar filem Cinta Pertama menjadikan nama Bunga Citra Lestari semakin terkenal. Lagu ciptaan Dewiq ini membuat impian Bunga menjadi penyanyi terhasil. Apalagi setelah album solo perdananya berjaya dijual 75 ribu salinan hanya dalam tempoh dua minggu.

Bagi Bunga, bukan perkara yang mudah meraih impiannya sebagai penyanyi sekaligus sebagai pelakon drama lipur lara. Anag gadis pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif ini harus mengorbankan banyak perkara untuk menghasilkan album Cinta Pertama solonya, termasuk berkumpul bersama keluarga.

Gadis yang lebih akrab dipanggil Unge ini menyatakan keseriusannya gai penyanyi, dan mengenepikan anggapan gadis kampung, mengingat dirinya lebih dikenal sebagai pelakon drama lipur lara remaja daripada seorang penyanyi. Sebut saja beberapa wataknya di drama lipur lara Senandung Masa Puber, Dari Temen Jadi Demen, ABG, Penjaga Hati, menjadikan gadis yang suka mengenakan tank top dan celana hipster ini semakin dikenal umum.

Keazaman Unge sebagai penyanyi juga patut dijadikan contoh, kerana dalam usaha membaiki suaranya, gadis yang masih mendaftar sebagai mahasiswi Trisakti jurusan Manajemen ini memutuskan untuk berlatih vokal dengan Elfa Secioria sebelum masuk ke studio rakaman, dan menjadikan vokalnya matang.

Pelakon ini juga terkenal dengan penampilannya bersama Ari Lasso dengan kejayaan Aku dan Dirimu dalam album The Best of Ari Lasso.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: