Advertisements

Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur RM100 juta di Jerantut

08

JERANTUT: Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan membina sebuah Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur yang menelan kos kira kira RM100 juta di daerah Jerantut, tahun ini.

Pengerusi LGM, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata pusat penyelidikan canggih itu juga akan menjadi produk pelancongan baharu di daerah itu yang turut dikenali sebagai Bandar Taman Negara.

“Selain itu, kita juga akan membuka ladang getah yang baharu seluas 2,000 ekar sekali gus dapat menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan orang kelainan upaya ( OKU) di kampung Perian di sini, hari ini.

Pusat penyelidikan itu akan membuat pelbagai kajian mengenai getah termasuk klon terbaru getah, produk hiliran getah, dan pelbagai lagi potensi getah termasuk dalam bidang makanan.

Ahmad Nazlan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini mengenai projek itu selain untuk mendapat tanah yang sesuai dan berharap ia dapat direalisasikan.

Ahmad Nazlan yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata pada dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju untuk membangunkan projek berkenaan di daerah ini dan bersetuju menyediakan tapak yang sesuai.

Projek ini akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan sejajar rancangan untuk menjadikan pusat teknologi getah itu sebagai produk agro pelancongan.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: