GALERI: MINI Countryman Blackheath Edition – kemasan serba gelap, terhad 48 unit, 192 hp, RM254k

0

20

- Advertisement -

Model MINI kebanyakannya datang dalam warna yang terang dan ranggi, tetapi melalui versi Countryman Blackheath Edition ini, anda akan mendapat sebaliknya. Ditawarkan dalam jumlah terhad 48 unit sahaja, ia dijual pada harga RM253,888 tidak termasuk insurans, bersama jaminan empat tahun tanpa had batuan, servis berkala percuma empat tahun atau 60,000 km dan bantuan tepi jalan lima tahun.

Menggunakan varian Countryman Cooper S sebagai asas, ia dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter TwinPower Turbo yang digabungkan bersama transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan, untuk menghasilkan kuasa 192 hp dan 280 Nm tork kepada roda hadapan. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 7.5 saat, sebelum mencapai laju maksimum 225 km/j.

Pada bahagian luar Countryman Blackheath Edition ini, antara barangan yang boleh dilihat berbeza berbanding Countryman Cooper S biasa adalah jalur Brushed Aluminium (perak matte) atas bonet, serta kemasan Piano Black pada keliling lampu hadapan dan belakang, gril hadapan, pemegang pintu serta lencananya.

Ada juga beberapa kelengkapan lain diambil daripada varian Countryman John Cooper Works, termasuk kit badan John Cooper Works Aerodynamic serta rim Circuit Spoke 19 inci. Bahagian dalam juga dipasang dengan kemasan warna gelap, termasuk tempat duduk yang dibalut kulit Carbon Black Cross Punch dan lapik bumbung anthracite.

Tidak semua benda di dalam adalah serba gelap kerana anda masih mendapat lampu suasana 12 warna yang boleh ditukar menggunakan butang pada papan pemuka manakala sistem audio pula menggunakan unit Harman Kardon 360 watt dengan 12 pembesar suara. Ia juga boleh disambung dengan Apple CarPlay dan digunakan untuk kawalan suara.

Ciri keselamatan yang disediakan pada Countryman Blackheath Edition adalah termasuk pengawal stabiliti, kawalan cengkaman, lampu brek dinamik, ABS, EBD, kawalan kunci differential elektronik, kamera belakang, tayar run-flat, penunjuk tekanan angin tayar dan cagak ISOFIX.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: