Rentas daerah ketika Aidilfitri tidak akan dibenarkan

11

- Advertisement -

Walaupun buat masa sekarang pergerakan rentas daerah dibenarkan tanpa masalah dan had masa, tetapi kerajaan nampaknya tidak akan membenarkan perjalanan yang sama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang, lapor Berita Harian.

Perkara ini disebut oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara ekslusif bersama akhbar berkenaan, baru-baru ini yang menurutnya kerajaan masih belum membenarkan ziarah untuk hari raya. “Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” jelasnya.

Beliau juga ditanya mengenai kebenaran untuk solat Jumaat dan tarawih di surau dan masjid, katanya setakat ini, belum lagi diputuskan sebarang keputusan mengenainya.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.

“Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya,” katanya.

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran bergerak secara beransur-ansur. Buat masa sekarang, rakyat tidak lagi perlu untuk berseorang di dalam kenderaan, perjalanan melebihi radius 10 km sudah dibenarkan, dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga 10 malam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: