Skuad Klopp seperti budak lima tahun

- Advertisement -
LIVERPOOL: Liverpool perlu menanti sebelum boleh dimahkotakan selaku juara Liga Perdana berikutan penangguhan liga akibat pandemik COVID-19.
Pengendalinya, Jurgen Klopp berkata pemain Liverpool “tak sabar seperti budak lima tahun” dengan berlatih di laman masing-masing menjelang kemungkinan sambungan Liga Perdana.
Bos Reds itu berkata mereka sudah bersedia sekali lagi musim ini untuk akhirnya dinobatkan selaku juara Liga Perdana.
Latihan intensif Liverpool menjurus kepada persiapan menyambung perlawanan tidak lama lagi dan Klopp berkata: “Banyak perlu dilakukan pemain, latihan fizikal kerana kami jangkakan akan kembali bermula.
“Saya tidak tahu dengan jelas bila tetapi kami perlu bersedia untuknya – itulah yang dilakukan pemain.

“Apabila kami kembali bersama, kami perlu melakukan yang terbaik dalam situasi yang kami ada. Kami tidak tahu berapa lama kami perlu bersedia untuk perlawanan, jadi kami hanya mencuba.
“Apabila kami memberikan pemain cabaran untuk dibuat di laman mereka, anda boleh lihat mereka bermain seperti budak lima atau enam tahun.
“Dan itulah apa yang kami cuba lakukan di atas padang selepas ini.”
Liga Perdana sudah mendedahkan perancangan awal untuk kembali bulan depan selepas mendapat kebenaran kerajaan. – Agensi