Mitsubishi Malaysia mula buka pusat servis terpilih

11

- Advertisement -

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan syarikat itu telah memulakan operasi di pusat servis terpilih seluruh negara bermula hari ini. Ini adalah selari dengan beberapa lagi perkembangan sama dari jenama-jenama automotif lain yang juga kini mula operasi mereka secara bersyarat.

Bagi MMM, ini adalah susulan kepada kelulusan yang diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan beberapa pusat servis terpilihnya kembali beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Empat yang bermula hari ini. Pelanggan boleh menghubungi pusat servis rasmi MMM terdekat sekiranya kenderaan mereka memerlukan servis dan perhatian segera.

Namun, dalam usaha untuk memastikan semua pusat servis yang ada selamat untuk petugas dan pelanggan sentiasa terjamin, langkah-langkah berikut akan diambil di setiap lokasi:

  • Ia hanya berdasarkan temujanji, tiada pelanggan walk-in
  • Penerimaan kenderaan tanpa sentuhan individu
  • Hanya untuk serahan dan mengambil kenderaan, pelanggan tak boleh menunggu di premis
  • Pemeriksaan suhu badan dan penggunaan topeng muka bagi semua individu
  • Cecair nyah-kuman akan disediakan dipintu masuk pusat servis
  • Kenderaan juga akan dinyah-kuman sebelum diserahkan semula kepada pelanggan

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: