Indonesia Model- Manohara Odelia Pinot

- Advertisement -
Manohara Odelia Pinot (lahir 28 Februari 1992), atau digelar ‘Mano’, ‘PraHara’ dan ‘Pinot Grigio’, merupakan seorang model dan sosialit dari Indonesia sebelum berkahwin kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra lantas mendapat gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan sehingga perceraiannya. Wajahnya tampak kelainan kerana memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis selain didakwa menyuntik filler pada pipi dan bibir bagi menambah kemungilan wajahnya. Dia boleh berbahasa Inggeris, bahasa Perancis selain sedikit bahasa Indonesia.
Beliau merupakan bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan, Malaysia, setelah berkahwin pada 26 Ogos 2008 di Malaysia. Gelaran beliau ialah Cik Puan Temenggong Kelantan. Manohara yang mendakwa didera, menggemparkan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Masalah rumahtangga tersebut terpaksa diselesaikan segera kerana merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sudah berlaku siri tunjuk perasaan di Indonesia berhubung perkara kontroversi tersebut.
Mengerjakan umrah
Ibunya Daisy Farajina mendakwa anaknya dilarikan secara paksa setelah selesai mengerjakan umrah di Arab Saudi dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari 2009 .Ibunya, Daisy Fajarina dan suami Tengku Fakhry mengerjakan umrah di Mekah. Sejak itu Jabatan Imigresen Malaysia menghalang keluarganya masuk ke Malaysia untuk bertemu dengan Manohara.
Bertemu ibu di Singapura
Daisy mendapat maklumat bahawa Manohara berada di Hotel Diraja, Jalan Scotts, Singapura ketika Manohara menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan jantung di sana. Manohara mengambil peluang tersebut untuk melarikan dirinya. Daisy dan anaknya Dewi yang telah mengetahui tentang hal berkenaan terlebih dahulu berangkat ke Singapura. Daisy bertemu dengan Manohara di lif tingkat 3 hotel tersebut. Ketika itu Manohara sedang terpekik-pekik agar tidak dihalang oleh pengawal. Sepasukan polis Singapura kemudian terpaksa datang menenangkan keadaan.
Manohara melarikan diri ke Jakarta dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Walaupun tanpa dokumen lengkap, Manohara berjaya tiba ke Jakarta dengan bantuan Kedutaan Indonesia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama Jabatan Imigresen Singapura. NGO Indonesia iaitu Laskar Merah Putih bertanggungjawab membawanya lari dari Singapura.
Dakwa dirinya didera
Pada 1 Jun 2009, Detik.com melaporkan, ibunya mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada. Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan psikiatri akan dijalankan untuk mencari kebenaran dakwaan. Peguam akan menguruskan tuntutan cerai secepat mungkin. Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa dianiaya . Sebelum ini ibunya Daisy Fajarina mendedahkan kes itu pada 20 April 2009 dan menggemparkan media Indonesia dan Malaysia.
Dalam sidang media langsung dari stesen televisyen TV One di Jakarta, Manohara dikatakan menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.Foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil.Manohara Odelia juga menyalahkan media massa Malaysia yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik. Media Malaysia hanya mengambil foto tetapi tidak menyoal apa-apa kepada Manohara.Manohara menuduh kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik .Namun pegawai di Pejabat Luar Negeri Indonesia menafikannya.
Dalam wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, Manohara mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya. Dia disuntik hormon dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari.Manohara juga menyatakan tidak mau kembali ke Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari Tengku Fakhry.