Bentley Bentayga V8 Design Series kini di Malaysia – RM1.045 juta sebelum cukai, hanya 1 unit ditawarkan

0

11

- Advertisement -

SUV mewah edisi istimewa, Bentley Bentayga V8 Design Series kini sudah pun berada di Bentley Kuala Lumpur. Model yang lebih unik dari versi biasa ini dijual pada harga RM1,045,000, sebelum cukai dan duti, dan ia hanya ditawarkan terhad satu unit sahaja di sini.

Model ini disifatkan sebagai Bentayga dalam versi gaya kontemporari dan nampak lebih dinamik, dengan menggabungkan ciri-ciri unik luaran dan dalaman dari Mulliner bersama pelbagai ciri opsyen dari versi biasa bagi menghasilkan satu model edisi terhad yang eksklusif.

Antara ciri Mulliner yang boleh dilihat pada model ini adalah rim aloi Grey Paragon dengan logo tengah yang sentiasa melintang walaupun sedang berputar. Rim gergasi tujuh-jejari berkenaan nampak lebih premium dengan diberikan kemasan digilap.

Selain itu, ia turut menerima perincian Blackline secara standard, yang menggantikan bahagian-bahagian krom dengan kemasan hitam, serta ditambah dengan apron bawah bampar hadapan yang diberikan warna badan, dan tip ekzos berkembar dalam kemasan hitam berkilat. Lencana Design Series diletakkan pada bahagian bawah pintu hadapan bagi memberitahu ini adalah Bentayga yang lebih istimewa dari biasa.

Dalam kabin, SUV ini menerima skema gentian karbon dan warna Duotone buat pertama kali, bersama tempat duduk kulit Beluga yang disulam dengan loga Design Series dan juga serlahan kontras berwarna oren, serta kemasan-kemasan piano black.

Jam yang diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka Bentayga ini bukan jam biasa, sebaliknya ia dihasilkan oleh pembuat jam tangan mewah iaitu Breitling. Jam tersebut diberikan mutiara sebagai nombor untuk angka selain 12, 3, 6 dan 9, manakala bahagian bezel masih direka dengan paten biasa Bentley.

Bahagian dalaman Design Series ini dilengkapkan dengan plat injak menyala serta spesifikasi Front Seat Comfort serta pedal aloi yang ditebuk.

SUV ini dijana oleh enjin V8 4.0 liter berkuasa 550 PS serta tork maksima 770 Nm, yang dihantar ke kesemua roda menerusi kotak gear lapan kelajuan dari ZF dan sistem AWD. Ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 290 km/j. Enjin ini juga dilengkapi sistem nyah aktif silinder dan start/stop automatik, membolehkan ia mencapai kadar penggunaan bahan api lebih efisien.

Pemandu juga menerima lapan mod pemandu – empat untuk jalan biasa, empat lagi untuk off-road – dan dibantu oleh sistem pengunci differential elektronik serta bantuan menurun bukti. Sistem suspensi udara Bentayga V8 ini juga hadir dalam pelbagai mod.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: