PKP: 185 orang didakwa semalam; kena hukuman penjara atau disaman — tindakan lebih serius fasa tiga

0

12

- Advertisement -

Setakat Isnin, 20 April 2020, seramai 185 orang telah didakwa di beberapa negeri atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Bernama. Ini sekali gus menunjukkan, sepanjang fasa tiga PKP, tindakan yang diambil terhadap mereka yang ingkar juga semakin diperketat.

Di Pahang misalnya, 14 orang telah didakwa di Mahkamah Majistret Raub, dengan enam daripada mereka termasuk seorang warga asing telah dikenakan saman RM700 atau 14 hari penjara kerana menggali emas di hutan simpan Kekal Tersang di Batu Talam pada 16 April lalu. Lapan lagi individu berusia antara 32 hingga 52 tahun disaman RM600 atau 10 hari penjara setiap seorang kerana didapati membuka gerai tepi jalan di Kampung Gali Tengah, pagi semalam.

Di Kedah, 23 lelaki dikenakan hukuman tujuh hari penjara dan disaman RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan melepak dan kesalahan-kesalahan lain yang dilakukan antara 27 Mac hingga 13 April. Sementara itu, seorang pengarah syarikat kitar semula pula telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan saman RM1,000 kerana membenarkan dua pekerjanya berkerja ketika PKP.

Di Terengganu, 27 lekaki didakwa di Mahkamah Kuala Terengganu. Antara kesnya ialah seorang lelaki yang disaman RM5,000 atau tiga bulan penjara kerana engguna seorang pegawai polis ketika ditahan di sebuah sekatan jalan raya. Antara alasan yang diberikan oleh lain-lain pesalah pula ialah ingin ke kelas mengaji, menghantar burger dan pergi membuang sampah.

Sementara itu di Pulau Pinang, 37 orang termasuk tiga wanita telah disaman RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Butterworth atas pelbagai kesalahan melanggar PKP. Di Selangor pula, 44 individu didakwa di dua mahkamah berasingan, termasuk 41 orang warga Myanmar yang terlibat dalam perayaan festival air di Bandar Baru Salak Tinggi ketika PKP, baru-baru ini. Mereka dikenakan saman RM1,000 atau penjara sebulan setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Sepang.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dua warga Indonesia dipenjara tiga bulan, sementara seorang warga tempatan disama RM800 atau penjara tiga bulan kerana berkeliaran tanpa sebarang alasan kukuh. Di Kuala Lumpur pula, 33 orang termasuk beberapa orang warga asing didakwa di tiga mahkamah atas kesalahan sama. Sebahagiannya disaman antara RM800 hingga RM2,000, dan beberapa lagi dipenjara antara enam hari hingga dua bulan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: