Apple, Google bekerjasama bangun teknologi kesan kontak COVID-19

- Advertisement -
LOS ANGELES: Apple Inc dan Google menjalin kerjasama untuk menambah teknologi ke dalam platform pintar masing-masing yang memberi amaran kepada pengguna jika mereka mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19.
Sistem yang boleh digunakan pengguna telefon pintar kedua-dua syarikat itu, berpotensi untuk memantau sekitar satu pertiga penduduk dunia.
Teknologi itu, yang dikenali sebagai pengesanan kenalan, direka untuk membendung penyebaran pandemik COVID-19 dengan memberitahu pengguna harus melakukan kuarantin atau mengasingkan diri selepas bersentuhan dengan individu yang dijangkiti.
Kedua-dua syarikat teknologi utama itu berkata, mereka sedang membina teknologi ke dalam sistem operasi iOS dan Android.
Pada pertengahan Mei, kedua-dua syarikat itu akan menambah keupayaan untuk iPhone dan telefon pintar Android kepada maklumat tanpa wayar melalui aplikasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.
Mereka juga akan melancarkan rangka kerja untuk aplikasi kesihatan awam untuk menguruskan fungsi.
Ini bermakna, jika pengguna A menjalankan pemeriksaan dan positif untuk COVID-19, pengguna A perlu menambah data itu ke aplikasi kesihatan awam mereka.
Ia akan membolehkan pengguna lain yang berdekatan dengan pengguna A dalam tempoh beberapa hari terdahulu akan dimaklumkan mengenai perkara itu.
Langkah kedua pula mengambil masa yang lebih lama.
Dalam beberapa bulan akan datang, kedua-dua syarikat akan menambah teknologi terus ke dalam sistem pengendalian mereka supaya perisian pengesanan kenalan ini berfungsi tanpa perlu memuat turun aplikasi.
Pengguna mesti memilih, namun pendekatan ini bermakna lebih ramai orang boleh dimasukkan.
Apple iOS dan Android Google mempunyai sekitar tiga bilion pengguna, lebih dari sepertiga populasi dunia.