PKP dilanjutkan atau tidak akan diumum oleh PM esok

0

KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Pasukan 1 Renjer Kem Wardieburn memulakan penugasan membantu pihak polis dalam sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini di sekitar ibu kota hari ini. Tentera mula membantu polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan itu mulai 12 tengah hari. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

12
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Pasukan 1 Renjer Kem Wardieburn memulakan penugasan membantu pihak polis dalam sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini di sekitar ibu kota hari ini. Tentera mula membantu polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan itu mulai 12 tengah hari. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Advertisement -

Akan tamat pada 14 April ini, atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan wabak Covid-19 tersebut akan dilanjutkan lagi? Menurut laporan Harian Metro, perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Laporan tersebut menyebut bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) membuat perbincangan berkenaan perkara berkenaan pada petang ini, sebelum langkah seterusnya disyorkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada Perdana Menteri esok.

“Selepas taklimat esok, Perdana Menteri akan membuat pengumuman apa yang perlu dilakukan,” kata Dr. Noor Hisham pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya tadi.

Perkara ini selari dengan apa yang disebut Dr. Noor Hisham 4 April lalu bahawa keputusan sama ada PKP ini akan dilanjutkan atau tidak hanya akan diketahui pada 10 April 2020.

“KKM akan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk tindakan selanjutnya. Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan PKP atau sebaliknya. Kita memerlukan data untuk membuat keputusan. Saya boleh membuat jangkaan tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains,” katanya dalam laporan sebelum ini.

PKP fasa pertama dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac lalu, kemudian ia bersambung pada fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April ini. Hari ini masuk hari ke-23 PKP ini berlangsung, dan sehingga petang ini sebanyak 4,228 kes positif jangkitan Covid-19 ini dikesan, di mana 67-orang dari mereka sudah pun meninggal dunia kerana wabak tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d