Spurs potong gaji kakitangan bukan pemain

ezgif.com-webp-to-jpg

- Advertisement -

LONDON: Tottenham mengurangkan gaji kakitangan bukan pemain sehingga 20 peratus untuk dua bulan akan datang dengan pengerusi, Daniel Levy berharap pemain akan mengikut langkah berkenaan berikutan krisis disebabkan coronavirus.

Pemain Barcelona, Juventus dan Bayern Munich antara mereka yang bersetuju dengan pemotongan gaji atau bayaran lain ketika krisis terbabit.

Bola sepak di England digantung sehingga sekurang-kurangnya 30 April dan mesyuarat kelab Liga Perdana Jumaat ini dijangka akan memanjangkan langkah itu.

“Selepas mengambil langkah mengurangkan kos, kami membuat keputusan sukar, dalam usaha mempertahankan tugas, mengurangkan gaji 550 kakitangan dan pengarah untuk April dan Mei sehingga 20 peratus,” kata Levy di laman sesawang Spurs.

“Kami berharap perbincangan baharu antara Liga Perdana, PFA (Persatuan Pemain Profesional) dan LMA (Persatuan Pengurus Liga) akan memberikan keputusan pemain dan jurulatih juga melakukan perkara sama untuk menyelamatkan ekosistem bola sepak.” – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: