Advertisements

BMW X6 G06 dilancarkan di Thailand – varian tunggal xDrive30d M Sport ditawarkan; harga dari 7.299j baht

12

BMW X6 G10 generasi ketiga pertama kali diperkenalkan di peringkat dunia pada Julai 2019, dan kini ia telah pun dilancarkan di Thailand. Menawarkan varian tunggal xDrive30d M Drive, SUV ini berharga dari 7.299 juta baht (RM960,380), lebih mahal berbanding adiknya, X5 xDrive30d M Sport yang berharga 5.659 juta baht (RM744,778).

Di bawah bonetnya, X6 spesikasi Thailand ini dijanakan oleh enjin 3.0 liter turbodiesel enam-silinder dengan hamburan kuasa 265 PS (261 hp) pada 4,000 rpm dan tork 620 Nm dari 2,000 hingga 2,500 rpm. Pacuan disalurkan ke empat-empat roda menerusi transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda xDrive.

Larasan enjin ini, lebih kurang seperti yang diberikan pada X5, mampu dipecut dari sifar ke 100 km/j dalam 6.5 saat dan kelajuan tertinggi mampu capai 230 km/j, bersama gabungan penggunaan bahan api sekitar 6.9 liter per 100 km.

Pakej M Drive standard untuk X6 ini termasuklah bampar hadapan dan belakang yang sporty, kit M Aerodynamic dan pakej BMW Individual high-gloss Shadow Line. Selain itu, ia turut didatangkan dengan lampu utama BMW Laserlight, gril ‘kidney’ iluminasi (Iconic Glow), bumbung kaca panoramik, sistem ekzos M SPort, roda aloi dengan jejari-berkembar M 22-inci, dan suspensi M adaptif.

Untuk ciri dalamannya pula, ia menampilkan tempat duduk hadapan dengan larasan elektronik bersama fungsi memori, kabin dihiasi kulit Vernasca, gentian karbon dan kemasan kulit, serta anthracite bagi headliner. Lain-lain ciri termasuk kawalan suhu empat-zon, sistem BMW Live Cockpit Professional, sistem bunyi Harmon Kardon, pengecas tanpa wayar dan paparan utama.

Untuk ciri keselamatan pula, SUV ini diberikan enam beg udara, kawalan cengkaman, ABS, brek parkir elektronik, pemantauan tekanan tayar, Kawalan Jarak Parkir, kamera pandangan sekeliling, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi stop/go dan Driving Assistant Professional. Ciri lain termasuk Amaran Ketibaan Lorong, Amaran Penukaran Lorong, pemantaua trafik lintasan belakang, Fungsi Brek Bandar, Pengelak Pelanggaran Belakang dan Info Had Kelajuan.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: