Skoda Scala Spider Concept didedah – rekaan pelajar vokasional, model sebenar akan didedah bulan Jun

24

- Advertisement -

Sejak tahun 2014, Skoda telah memberikan peluang kepada pelajar sekolah vokasional mereka di Mladá Boleslav untuk merancang, mereka bentuk dan membina kereta konsep bagi menunjukkan kemahiran dan kreativiti. Tahun ini juga sama, dan hasilnya sudah didedah, sementara kereta konsep sebenar pula akan dipersembahkan kepada umum pada bulan Jun nanti.

Kereta konsep yang didedahkan melalui lukisan digital ini menunjukkan sebuah versi bumbung terbuka bagi hatchback kompak Scala, tetapi mempunyai rekaan lebih kepada speedster kerana mempunyai dua bonjolan di bahagian belakangnya. Pintu dan tempat duduk pula cuma ada dua.

Ada juga konsep rekaan Skoda lain yang digunakan pada model konsep ini, seperti rim yang diambil daripada model Octavia RS, serta muncung ekzos di tengah yang berbentuk heksagon. Gambar bahagian dalam pula meunjukkan rekaan hampir sama seperti model Scala, dengan jahitan merah di stereng.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: