The Reds pasukan paling bernilai di Eropah

0

19

- Advertisement -

LONDON: Liverpool semakin hampir menoktahkan dominasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan kini turut berada di kedudukan teratas sebagai kelab paling bernilai di Eropah, menurut kajian yang dilakukan CIES Football Observatory.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu dilaporkan  sebagai skuad paling bernilai dalam pasaran perpindahan membabitkan lima saingan liga utama, menurut organisasi berkenaan.

Malah, skuad The Reds turut mengatasi pencabar utama Liga Perdana, Manchester City.

Anak buah Klopp yang kini mendahului carta Liga Perdana dan hanya memerlukan dua lagi mata bagi mengesahkan kejuaraan dalam tempoh 30 tahun meletakkan keseluruhan pasukan itu dengan nilai pasaran berjumlah 1.27 bilion (RM6.74 bilion).

Selepas memenangi gelaran Liga Juara-Juara musim lalu, kelab yang berpangkalan di Anfield itu berjaya mengatasi beberapa kelab utama Eropah termasuk City, Barcelona dan Real Madrid.

Barcelona dan Real yang ketika ini bersaing hebat bagi gelaran La Liga menyaksikan mereka dipisahkan dengan perbezaan sebanyak 63 juta pound (RM334 juta).

Gelaran Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA turut berada dalam koleksi kejuaraan Liverpool sebelum penularan COVID-19 menjejaskan aktiviti sukan di seluruh dunia.

Chelsea berada di kedudukan kelima dan CIES menganggarkan nilai pasukan itu sebanyak 917 juta pound (RM4.8 bilion) dengan dibarisi pemain muda selepas dikenakan penggantungan perpindahan pemain oleh FIFA.

Manchester United yang mengintai peluang bagi layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan berada di kedudukan keenam.

Tottenham Hotspur yang kini di bawah kendalian Jose Mourinho turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas dunia biarpun pasukan itu kini dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Sementara itu, pemain Paris Saint Germain (PSG), Kylan Mbappe menjadi pemain paling bernilai di dunia dengan dia dianggarkan bernilai 227 juta pound (RM1.2 bilion).

Juventus melengkapkan kelompok dalam 10 kelab teratas dan mengejutkan apabila senarai itu tanpa gergasi Bundesliga.

Kelab bawahan Jerman, Paderborn berada di kelompok terbawah carta dengan nilai hanya 33.7 juta pound (RM178 juta).

Penilaian CIES dibuat berdasarkan keputusan daripada beberapa pengiraan.

Ia selepas mengambil kira tempoh baki kontrak pemain, umur, status antarabangsa, perkembangan kerjaya dan persembahan dalam kejohanan ketika tugasan bersama kelab dan negara. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: