COVID-19: Willian rayu pulang ke Brazil

20

- Advertisement -

LONDON: Willian meminta Chelsea melepaskannya pulang ke Brazil untuk bersama keluarga susulan penularan COVID-19.

Pemain sayap itu ketika ini bersendirian di London manakala isterinya Vanessa Martins dan anak perempuan kembar mereka Valentina dan Manuella sudah kembali ke Brazil.

Dengan saingan Liga Perdana Inggeris ditangguhkan sehingga 30 April, Willian amat mengharapkan pelepasan daripada kelab untuk pulang ke kampung halamannya.

“Buat masa sekarang saya bersendirian. Isteri dan anak-anak saya di Brazil.

“Saya sudah membuat perancangan sebelum itu. Mereka pulang dahulu, saya akan bercuti kemudian dan menyusul selepas itu.

“Dengan liga sudah ditangguhkan sehingga 30 April, saya cuba untuk mendapatkan pelepasan daripada kelab,” kata Willian.

Menurut Willian, rakan senegaranya yang turut beraksi di Liga Inggeris juga berharap dapat pulang ke Brazil.

“Saya dengar pemain-pemain dari kelab lain juga mahu pulang ke Brazil, berada dekat dengan keluarga masing-masing dalam situasi ini,” katanya. – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: