19

- Advertisement -

LONDON: Kerjaya Paul Pogba bersama Manchester United sudah berakhir.

Sekiranya The Red Devils menerima tawaran 100 juta (RM505 juta) daripada mana-mana kelab yang berminat bagi mendapatkan khidmat pemain tengah Perancis itu, perjanjian dianggap selesai.

Kontrak Pogba bersama United akan tamat pada hujung musim depan depan.

United mempunyai pilihan untuk mengaktifkan klausa lanjutan satu tahun kontrak lagi tetapi ia hanya akan dilakukan bagi melindungi nilai pemain yang menjulang trofi Piala Dunia bersama Perancis itu.

Real Madrid dan Juventus dilapor masih berminat bagi mendapatkan Pogba dan percaya mereka boleh memanfaatkan bakat pemain berusia 27 tahun itu sepenuhnya.

Pogba kembali menyertai United daripada Juventus pada 2016 dengan yuran perpindahan bernilai 89 juta pound (RM449 juta).

Dia hampir meninggalkan United pada musim panas lalu tetapi harga diletakkan kelab itu sebanyak 180 juta pound (RM909 juta) dikatakan terlalu tinggi.

Sejak itu, dia hanya bermain dalam lapan perlawanan bersama United.

Semalam, dia memuat naik video di Instagram dengan memakai jersi Juventus yang di belakang tertera nama Matuidi.

Pogba menegaskan ia adalah tanda sokongan terhadap pemain itu yang kini menjalani kuarantin kerana didapati positif COVID-19.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer ketika ini dalam proses untuk melakukan rombakan dalam skuad itu dengan keutamaan adalah untuk mengetengahkan bakat muda. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: