Wolves bangkit tewaskan Spurs

- Advertisement -
LONDON: Penyerang Raul Jimenez meledak jaringan kemenangan hebat pada minit ke-73 ketika Wolverhampton Wanderers dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 dan membawa mereka ke kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Selepas tewas 2-1 kepada Chelsea minggu lalu, Steven Bergwijn memberikan skuad Jose Mourinho, Spurs gol pendahuluan pada minit ke-13 sebelum pelawat kembali menyamakan kedudukan 14 minit kemudian menerusi pemain antarabangsa Ireland, Matt Doherty.
Serge Aurier kembali membawa tuan rumah di depan sebelum rehat apabila melencongkan bola ke sudut gawang tetapi sekali lagi Wolves bangkit menerusi Diogo Jota pada minit ke-57.
Jota kemudian melorongkan bola buat gol kemenangan Jimenez pada minit ke-73.

Sementara itu Everton dan Manchester United terikat 1-1 di Goodison Park.
Kesilapan penjaga gol United, David De Gea memberikan Everton gol pembukaan pada minit ketiga menerusi Dominic Calvert-Lewin sebelum Bruno Feranandes menyamakan kedudukan pada minit ke-31. – Reuters