Pelajar universiti tak kenal Ighalo

39

- Advertisement -

LONDON: Odion Ighalo menerima ‘kad merah’ pertamanya namun bukan daripada pengadil tetapi pasukan bola sepak perempuan Universiti Manchester.

Penyerang Manchester United itu diarahkan keluar padang ketika menjalani sesi latihan persendirian di salah satu padang universiti berkenaan.

Ketika rakan sepasukan yang lain menjalani kem latihan di Sepanyol pada cuti baru-baru ini, pemain yang dipinjamkan daripada Shanghai itu melakukan sesi latihan sendiri.

Ighalo tidak mengikuti rakan sepasukan ke Sepanyol kerana bimbang dengan kawalan ketat pihak imegresen yang mungkin menyaksikan dia tidak boleh kembali ke England susulan penularan coronavirus.

Insiden bermula ketika pemain Nigeria itu sedang menjalani latihan sebelum sekumpulan pelajar perempuan tiba di padang bagi memulakan sesi latihan mereka seperti biasa.

Mereka tidak menyedari kehadiran Ighalo yang juga pemain baharu United sebaliknya menyangka pemain itu hanya orang biasa yang menggunakan padang latihan mereka.

Sebab itu, mereka meminta Ighalo untuk meninggalkan padang berkenaan.

Namun, selepas indentitinya didedahkan oleh kakitangan sokongan, mereka membenarkan Ighalo meneruskan latihan dan turut berswafoto dengan pemain itu sebagai ‘bayaran’ menggunakan padang mereka. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: