Advertisements

Bentley Flying Spur 2020 tiba di Malaysia – RM840k tidak termasuk cukai dan aksesori, enjin W12 635 PS

13

Bentley Flying Spur generasi ketiga sudah pun tiba di Malaysia, dan dijual pada harga bermula RM840,000 tidak termasuk cukai dan duti. Untuk memberikan perspektif bagaimana harganya termasuk cukai, model Continental GT First Edition dijual pada harga RM2.15 juta manakala Continental GT Convertible RM2.24 juta. Sudah pasti, harga itu juga bergantung kepada aksesori yang dipilih.

Model terbaru ini dikuasakan oleh enjin 6.0 liter twin turbo W12, yang didakwa sebagai enjin 12 silinder paling berkuasa di dunia dengan 635 PS dan 900 Nm tork. Walaupun mempunyai berat 2,437 kg, ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat, sebelum mencapai laju maksimum 333 km/j.

Selain untuk mereka yang mahu bersantai di belakang, model mewah ini juga disasarkan kepada mereka yang mahu memandu, di mana ia dijadikan lebih dinamik melalui pemasangan kelengkapan seperti gandar hadapan yang lebih ke depan (untuk pembahagian berat lebih baik), sistem pacuan semua roda aktif, all-wheel steering dan Bentley Dynamic Ride.

Berbeza berbanding model sebelumnya yang menggunakan sistem AWD sepanjang masa dengan nisbah pembahagian kuasa 60:40 antara depan dan belakang, model baru ini pula menggunakan sistem yang pada kebanyakan masa menghantar kuasa kepada roda belakang sementara bila diperlukan, barulah kuasa akan dihantar ke roda hadapan.

Pembahagian tork bergantung kepada mod pemanduan – dalam mod Comfort dan Bentley, tork sehingga 480 Nm boleh dihantar kepada roda hadapan manakala dalam mod Sport, ia terhad kepada 280 Nm untuk gandar hadapan. Turut membantu pengurusan tork ini adalah sistem torque-vectoring-by-brake.

Melalui sedan ini juga Bentley buat pertama kalinya telah menggunakan sistem stereng semua roda elektronik untuk meningkatkan stabiliti di lebih raya dan pengendalian di dalam kawasan urban. Pada bahagian suspensi, sistem Continuous Damping Control (CDC) membenarkan pelarasan berterusan manakala spring udaranya pula kini mempunyai 60% lebih udara untuk memberikan kepelbagaian tetapan antara keselesaan dan sporty. Empat sensor tinggi digunakan untuk mengira jarak antara gandar dan badan kenderaan.

Kemudiannya, terdapat Bentley Dynamic Ride System, yang mempunyai actuator elektronik kawalan sistem 48 volt, untuk mengawal ketegaran anti-roll bar mengikut keadaan pemanduan. Brek pula adalah unit besi paling besar di dunia, sama seperti Continental GT, dengan ukuran cakera 420 mm. Bunyi ekzos juga boleh dikawal melalui muncung adaptif yang mempunyai beberapa kedudukan.

Model yang dipamerkan di Malaysia ini sudah dipasang dengan aksesori penuh, dengan di tengah papan pemukanya terdapat skrin sesentuh 12.3 inci HD dengan kemasan kayu single veneer. Satu lagi ciri unik model Bentley baru ini adalah lambang Flying B yang boleh disorok atau dikeluarkan dengan hanya menekan satu butang.

Tempat duduknya pula kini dipertingkat dengan fungsi yang lebih berguna seperti pemanas, liang udara, pengurut pelbagai mod serta bahagian sokongan dan bahagian atas yang boleh dilaras. Jika memilih pakej Mulliner Driving Specification, balutan kulit 3D digabungkan dengan cetakan serta jahitan permata. Bahagian tepi pintu juga menggunakan motif sama.

Skrin yang anda lihat berada atas corong pendingin hawa belakang sebenarnya adalah Touch Screen Remote yang boleh dibawa keluar, untuk mengawal fungsi seperti penghadang cahaya, pengurut di tempat duduk, lampu suasanan serta logo Flying B. Sistem audio pula datang dalam tiga pilihan iaitu 10 pembesar suara dan 650 watt untuk versi standard, Bang & Olufsen 1,500W dengan 16 pembesar suara dan Beosonic, serta paling tinggi Naim for Bentley 2,200W dengan 19 pembesar suara dan Active Bass Transducers pada tempat duduk hadapan.

Barangan lain adalah seperti skrin hiburan di belakang, peti sejuk kecil, bumbung panoramik serta cermin kecil di atas (belakang). Kereta pameran ini juga dipasang dengan pakej Mulliner Driving Spec, di mana kebanyakan bahagian yang sepatutnya berwarna krom diwarnakan hitam. Rim adalah unit 22 inci.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: