Czinger 21C – hypercar hibrid konsep dengan 1,250 hp

02

- Advertisement -

Nampaknya semakin kerap kita mendengar tentang kemunculan jenama pengeluar kenderaan baru sekarang. Gambar yang kami paparkan ini adalah Czinger 21 C, sebuah hypercar berkuasa 1,250 hp dan dikatakan mampu menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 1.9 saat.

Individu utama di sebalik syarikat baru dari Los Angeles ini adalah Kevin Czinger, di mana beliau juga adalah CEO Divergent 3D, sebuah syarikat yang pernah menunjukkan sebuah hypercar konsep yang dibuat melalui cetakan 3D.

Berdasarkan banyak ciri yang kelihatan sama pada kereta konsep tersebut dengan Czinger 21 C, kita boleh mengatakan inilah versi produksinya dan akan didedahkan secara rasmi semasa Geneva Motor Show 3 Mac nanti.

Czinger 21 C yang menggunakan enjin hibrid terletak di tengah serta pacuan empat roda ini bukanlah setakat kereta hypercar elektrik konsep biasa kerana ia direka, dipasang dan dikilangkan sepenuhnya di Los Angeles, California. Kemudiannya, proses pembuatan juga menggunakan teknologi paling maju seperti cetakan 3D.

Sebelum ia diperkenalkan secara rasmi nanti, anda boleh melihat video yang dikeluarkan oleh Czinger Vehicles yang menampilkan kenderaan itu, di mana ia menggunakan rekaan tipikal sebuah hypercar sementara di dalam pula cuma ada dua tempat duduk.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: