Ramai memuji tindakan syarikat teknologi menyumbang lebih 30 robot berteknologi 5G dengan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan hospital utama di Wuhan.

Jelas, mereka tidak melihat untung dan bisnes semata-mata, sebaliknya tampil menyumbang kepakaran dan aset teknologi untuk membantu negara ketika dilanda musibah. Sikap ini harus dicontohi peserta industri di negara kita juga.

Apapun, manfaat teknologi tidak sepatutnya terhenti pada penggunaan robot sahaja. Mungkin banyak lagi kepakaran atau teknologi boleh dimanfaatkan untuk mendepani coronavirus. Jadi, lebih banyak syarikat teknologi perlu tampil menyumbang kerana jika keadaan berterusan, mereka juga yang terkesan apabila bisnes terganggu.

Robot bertindak memberi makanan kepada penginap akibat wabak coronavirus di sebuah hotel di Hangzhou, China. – Foto mobygeek.com

- Advertisement -

China Xinhua News

@XHNews

Amid a novel #coronavirus outbreak, robots are deployed to deliver meals to travelers in isolation at a hotel in Hangzhou, China. #pneumonia

Embedded video

582

9:09 PM – Jan 27, 2020
Twitter Ads info and privacy
348 people are talking about this

Singkir individu peralat persatuan sukan

Apabila bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) bercerita ‘penyakit’ yang sekian lama menghantui banyak persatuan sukan negara, Belalang percaya semua harus buka mata dan ambil perhatian.

Sudah terlalu lama budaya menjadikan persatuan sukan sebagai platform meraih kepentingan peribadi berlarutan. Ini harus dihentikan, tidak kira orang itu ahli politik, bekas atlet atau orang kerajaan sekalipun.

Apa yang Belalang mahu ingatkan, tanggungjawab diberi itu untuk memajukan atlet dan sukan, jadi kenapa pula ada yang sibuk mengisi tembolok sendiri. Tidak hairan prestasi banyak bidang sukan kita ibarat ‘yo-yo’, kejap naik, kejap turun.

Berpolitik jangan sampai menjatuhkan

Banyak berita ‘panas’ berkaitan politik berlegar di media sehari dua ini. Macam-macam strategi Belalang dengar, termasuk desas-desus pembentukan kerajaan pintu belakang yang kembali hangat bertiup.

Namun, nasihat Belalang, dalam sibuk berpolitik dan mencatur strategi itu jangan sampai ia mengundang perpecahan dan permusuhan. Jangan hanya kerana diri sendiri sibuk nak ke ‘atas’, rakan dipijak sehingga tersungkur ke bawah.

Apa sekalipun naratif politik ingin diwujudkan, biar ia menggunakan saluran betul. Tidak salah berbeza fahaman politik, tetapi jangan sampai mengundang pecah belah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: