Isuzu D-Max baharu tidak dilancarkan di M’sia tahun ini

0

13

- Advertisement -

Isuzu Malaysia telah memaklumkan, pihaknya tidak akan melancarkan pikap D-Max baharu di Malaysia pada tahun ini. Dalam majlis makan malam bersama media sempena Tahun Baharu Cina semalam, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, berkata, model terbaharu itu buat masa ini hanya dijual di Thailand.

Walau bagaimana pun, Isuzu merancang untuk melancarkan trak baharu ini secara berperingkat mengikut negara. Berita ini dianggap ‘sebagai munasabah’ memandangkan pasaran kita baru sahaja menerima model facelift kedua bagi generasi kedua yang dilancarkan pada September lalu. Jadi terlalu cepat pula kalau nak bawa masuk model generasi ketiga.

Sebenarnya model facelift kedua dari generasi kedua ini agak terlambat diperkenalkan di Malaysia. Ia dilancarkan hampir dua tahun selepas diperkenalkan di Thailand, memandangkan Isuzu Malaysia perlu reengineer enjin 1.9 liter Ddi turbodiesel untuk disesuaikan dengan bahan api gred-rendah di pasaran kita.

Untuk makluman, D-Max baharu telah banyak diberi pembaharuan, termasuk dengan imej yang lebih bergaya dan moden, dengan beberapa ciri baharu ditampilkan termasuk skrin sesentuh infotainmen 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ia menggunakan binaan Isuzu Dynamic Platform dengan struktur ladder frame yang lebih tegar, begitu juga dengan suspensi yang telah disemak semula dengan penambahbaikan dua wishbones di hadapan, gegelung leaf baharu di belakang, stereng yang lebih mudah dikendalikan dan juga brek yang lebih besar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: