Chelsea intai sambar Alaba

- Advertisement -
LONDON: Chelsea sedang menimbang untuk melancarkan tawaran £60 juta (RM322.15 juta) bagi mendapatkan khidmat pertahanan kiri Bayern Munich, David Alaba, menurut laporan akhbar di Britain.
Bos Blues, Frank Lampard ketika ini sedang meneliti pasaran di jendela perpindahan bagi mendapatkan pemain baharu di posisi berkenaan selepas mengetepikan Marcos Alonso daripada skuadnya ketika musim perayaan.
Selain itu, timbul spekulasi yang mendakwa Lampard juga sudah tidak lagi mempercayai Ederson yang menyaksikan Cesar Azpilicueta terpaksa mengubah posisi dengan turut diperkenalkan dalam skuad.
Tetapi timbul laporan yang mendakwa Lampard mengintai untuk menguatkan skuadnya dengan pemain berpengalaman dan ia bukan lagi omong kosong selepas selepas larangan pembelian pemain yang dialami kelab itu dibatalkan.
Alaba sudah melakukan 17 penampilan untuk Bayern pada musim ini dan pemain berusia 27 tahun itu meledak satu gol dan melakukan satu umpanan.
Pemain kebangsaan Austria itu menyertai Bayern pada 2008 dan sudah memenangi 20 trofi utama.
Kontraknya bersama juara Bundesliga itu dijadual berakhir pada Jun 2021. – Agensi