Everton, Arsenal buntu di Goodison Park

22

- Advertisement -

LIVERPOOL: Everton dan Arsenal terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membosankan di Goodison Park, di sini, sebentar tadi.

Lebih mengecewakan apabila aksi yang ditampilkan itu ketika kedua-dua kelab berkenaan sudah melantik pengurus baharu bagi memulihkan prestasi mereka.

Carlo Ancelotti diumumkan sebagai pengurus Everton yang baharu kira-kira sejam sebelum sepak mula pasti mendapat gambaran awal mengenai skuad Toffees, sementara Mikel Arteta dilantik sebagai jurulatih baharu Arsenal, semalam.

Pertembungan dua pengendali sementara – Duncan Ferguson dari Everton dan Freddie Ljungberg untuk Arsenal – gagal menghasilkan apa-apa jaringan dengan Everton memiliki beberapa peluang terbaik terutama pada babak pertama.

Sepakan percuma Gylfi Sigurdsson hanya singgah di sisi jaring dan penyerang Cenk Tosun gagal menyempurnakan hantaran silang Tom Davies.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford beraksi cemerlang untuk menyelamatkan percubaan Pierre-Emerick Aubameyang dari jarak dekat sejurus selepas rehat.

Kedua-dua pasukan gagal menemui sentuhan jaringan hingga penghujung perlawanan dengan Arsenal memperkemaskan bahagian pertahanan untuk mengekang asakan dari Everton. – REUTERS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: