03.png

- Advertisement -

Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand (lahir 18 Ogos 1990)[a] ialah seorang model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia dari keturunan Amerika, Jerman dan Melayu. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2015, dengan beberapa peranan kecil di televisyen dan filem. Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. Beliau secara rasminya telah bertudung penuh pada hujung 2015.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

Kerjaya

Hildebrand merupakan pemenang bagi Gadis M2 pada 2013. Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.

Filem sulung lakonannya ialah Mirip yang ditayangkan pada 2015, lakonan bersama Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah dan Reen Rahim.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Shila.

Nama Sarah mula popular dan menaik menerusi drama adaptasi novel popular Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah, di mana beliau memegang watak antagonis utama bernama Nadine, dimana watak itu adalah kemunculan antagonis pertamanya. Persembahan dalam drama itu mendapat pujian media, malah, watak Nadine lakonannya juga mengundang kebencian penonton atas sifat gedik watak tersebut. Drama ini mendapat penarafan dengan jumlah penonton sebanyak 12 juta penonton.

Kehidupan peribadi

Hildebrand sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pengacara TV, Nabil Mahir. Pada Februari 2019, Mereka mengumumkan perpisahan mereka selepas lima tahun bersama.

Beliau berkahwin dengan Otto Gillen yang berwarganegara Filipina dan Amerika pada 3 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: