Honda Jazz dan Freed Modulo X Concept akan ke Tokyo Auto Salon 2020 dengan rupa lebih agresif

0

Tak sampai sebulan lagi, Tokyo Auto Salon (TAS) 2020 akan berlangsung di lokasi biasanya iaitu di Makuhari Messe, dan sudah tentu ramai peminat-peminat modifikasi JDM sudah merancang untuk ke sana kan? Ok, selain dari Honda S2000 dan Civic Type R EK9 yang diumumkan oleh Honda tempoh hari, ini ada lagi barisan model Honda akan ke sana, di bawa oleh divisi aksesori mereka iaitu Modulo.

Jika pada TAS 2019 mereka mendedahkan Honda Vezel (HR-V) Modulo X Concept (kemudian diperkenalkan dalam pasaran baru-baru ini), kali ini dua lagi model Modulo X Concept akan didedahkan iaitu model generasi baharu Honda Fit (atau Jazz di sini) bersama MPV Honda Freed facelift.

Berdasarkan gambar awalan yang disiarkan oleh Honda, dapat dilihat Fit 2020 yang pada asalnya keihatan sangat comel, diberikan sentuhan lebih garang. Ia menerima gril dan juga liang bawah bampar dengan elemen sarang lebah. Fit Modulo X ini turut hadir dengan bampar belakang lebih agresif serta spoiler bumbung lebih besar berwarna hitam.

Akhir sekali, penampilannya dilengkapkan dengan kemasan-kemasan hitam pada penutup cermin sisi, bumbung dan juga rim aloi baharu dengan tayar berprofil rendah.

Manakala untuk Freed Modulo X pula, MPV tersebut turut kelihatan lebih agresif menerusi pemandanan kit badan lengkap terdiri dari gril serta bampar hadapan dan belakang baharu, skirt sisi dan spoiler lebih besar. Ia turut hadir dengan penutup cermini sisi berwarna hitam dan juga rim aloi lima jejari berkembar.

Selain dari model-model konsep Modulo X ini, Honda turut akan mempamerkan model-model terkininya iaitu Civic Hatchback dan Sedan facelift, serta Honda NSX dengan warna warisan sejarah Indy Yellow Pearl.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d