Pengguna mudah alih luar bandar masih bergantung 3G

09

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan mudah alih Malaysia, terutama di luar bandar masih terpaksa bergantung kepada teknologi 3G yang lebih perlahan.

Ia meskipun pengendali mudah alih tempatan sudah menunjukkan peningkatan pesat dari segi kesediaan rangkaian 4G.

Opensignal dalam kaji selidiknya berkata, rangkaian perkhidmatan 4G bagaimanapun masih tidak menyeluruh, sekali gus wujud jurang kesalinghubungan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Namun begitu katanya, penyedia perkhidmatan dan kerajaan sendiri komited dalam menaik taraf serta mengukuhkan rangkaian perkhidmatan 4G dan menyediakan liputan yang meluas kepada pengguna Malaysia.

Kaji selidik Opensignal menunjukkan daripada lima penyedia perkhidmatan rangkaian di Malaysia, pengguna Celcom menikmati sambungan tertinggi di kawasan bandar dengan ketersediaan 4G lebih dari 90 peratus.

Manakala masa yang dihubungkan ke 4G turun kepada hampir 75 peratus untuk pengguna U Mobile.

Perbezaan ini semakin meluas di kawasan luar bandar yang kurang kepadatan penduduknya, di mana pengguna Celcom menikmati ketersediaan 4G hampir 75 peratus, manakala pengguna U Mobile hanya boleh berhubung dengan perkhidmatan 4G sekitar 40 peratus.

Selain itu, Opensignal turut membuat kaji selidik ketersediaan 4G di semua lima rangkaian pengendali di seluruh negara dan mengelaskan 144 daerah dari 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan menjadi empat kategori berbeza berdasarkan kepadatan penduduk.

Kategori satu, lebih 50 orang penduduk dalam satu kilometer persegi, kategori dua, 50 hingga 100 orang penduduk dalam satu kilometer persegi, kategori tiga, 100 hingga 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi manakala kategori empat lebih 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.

Berdasarkan kaji selidik itu, pengguna rangkaian Celcom menikmati ketersediaan 4G tertinggi di semua kawasan tanpa mengira kepadatan penduduk.

Manakala, pengguna di kawasan kategori empat dapat menyambung ke 4G lebih dari 90 peratus diikuti oleh pengguna Maxis, unifi, DiGi dan U Mobile, yang boleh menyambung kepada perkhidmatan 4G masing-masing sebanyak 86.1 peratus, 84.4 peratus, 82.7 peratus, 86.1 peratus dan 74.5 peratus.

Masa yang digunakan oleh pengguna untuk menghubungkan ke semua rangkaian data mudah alih perkhidmatan 3G dan 4G, menunjukkan pengurangan perbezaan.

Ketersediaan 3G dan 4G adalah lebih tinggi, yang mana hampir kesemua pengendali melebihi 90 peratus dalam semua empat kategori kepadatan penduduk.

U Mobile menjadi satu-satunya pengendali yang merekodkan peratusan rendah iaitu 86.4 peratus di kawasan yang paling kurang penduduk (Kategori 1).

Ketersediaan 3G dan 4G tertinggi sebanyak 98.4 peratus adalah bagi pengguna rangkaian unifi di kawasan paling padat penduduk (Kategori 4) diikuti oleh rangkaian Celcom sebanyak 98.1 peratus.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: