Solskjaer ada kejutan untuk Man City

22

- Advertisement -

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer menjadi perancang terhadap kemenangan 2-1 Manchester United ke atas seteru tetangga Manchester City dalam saingan Liga Perdana, awal bulan ini.

Tetapi pengendali kelahiran Norway itu menegaskan dia perlu menggunakan pendekatan yang berbeza jika ingin kemenangan sekali lagi diraih dalam aksi separuh akhir Piala Liga, bulan depan.

United menggunakan corak permainan serangan balas yang mengagumkan bagi merencatkan kempen City untuk mempertahan kejuaraan Liga Perdana pada 7 Disember lalu.

Awal pagi tadi, United menempah tiket ke peringkat empat terbaik Piala Liga selepas mengatasi kelab divisyen empat, Colchester United 3-0 dengan City kendalian Pep Guardiola dan penyandang juara berada di landasan baik untuk mempertahankan gelaran dengan menyingkirkan Oxford United 3-1.

“Kamu tidak boleh menewaskan City dua kali berturut-turut atau tiga kali dengan taktik yang sama, jadi kami perlu melakukan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana saya yakin Pep akan memastikan pasukannya bersemangat,” kata Solskjaer.

“Kami melihat semula kepada perlawanan itu dan kami amat gembira dengan keputusan yang diraih, serta sebahagian daripada permainan itu. Ada beberapa perkara yang kami perlu lakukan dengan lebih baik, kami perlu menonjolkan kemampuan kami.

“Tidak banyak yang kamu dapat lakukan tetapi kami perlu menyasarkannya. Mereka boleh mendominasi kamu. Jadi kami perlu menenangkan minda dan bersedia untuk bertemu mereka sekali lagi, tetapi kami sudah menunjukkan kepada mereka juga yang kami boleh memberikan mereka masalah.”

United akan menanti kunjungan City pada perlawanan pertama separuh akhir pada 7 Januari sebelum membuat kunjungan semula ke Etihad pada 28 Januari. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: