Prestasi di Etihad lagi baik berbanding Emirates – Guardiola

22

- Advertisement -

LONDON: Bos Manchester City, Pep Guardiola berkata pasukannya bermain lebih baik semasa tewas kepada seteru tetangga Manchester United, minggu lalu berbanding ketika menang besar 3-0 ke atas Arsenal, awal pagi tadi.

City meledakkan ketiga-tiga gol pada babak pertama dengan bintang Belgium, Kevin De Bruyne menyumbat dua gol dan mencipta umpanan untuk jaringan yang disempurnakan Raheem Sterling.

Penyandang juara liga itu tewas 1-2 di gelanggang sendiri, Etihad kepada seteru tetangganya itu minggu lalu dengan keputusan dilihat memalapkan peluang City untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut musim ini.

Tetapi, pengendali dari Catalan itu menegaskan dia lebih gembira dengan persembahan yang ditampilkan pada perlawanan berkenaan berbanding ketika di Emirates.

“Kami memperoleh keputusan yang menakjubkan tetapi cara kami bermain menentang Manchester United lebih baik dalam banyak perkara,” kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu. “Saya tahu kami dihakimi dengan keputusan tetapi saya mempunyai tugas untuk menilai prestasi, bukan hanya keputusan.”

Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) merembat ke arah gawang Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. – Foto AFP

Pemain tengah, De Bruyne sudah agak lama tidak menjaringkan lebih daripada satu gol dalam satu-satu perlawanan Liga Perdana sebelum kunjungan ke Arsenal.

Justeru, dia yang berpeluang untuk melakukan hatrik namun dihalang penjaga gol Arsenal, Bernd Leno berkata dua gol itu akan kekal di dalam memori sesiapa yang bertuah menyaksikannya.

“Ia pasti bagus (hatrik) tetapi untuk menjaringkan dua gol dan meraih kemenangan yang bagus dengan segala masalah yang kami hadapi adalah baik,” katanya.

“Saya fikir setiap kami kamu kalah, reaksi yang kamu boleh tonjolkan ialah menang perlawanan berikutnya. Setiap kali kami melepaskan mata kami akan bangkit dengan reaksi yang hebat.

“Kami tahu kami belum berada di prestasi terbaik tahun ini tetapi kami terus berusaha dan masih banyak perlawanan yang perlu kami harungi.” – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: