Solskjær akui United ‘kurang idea’

25

- Advertisement -

LONDON: Ole Gunnar Solskjær mengakui Manchester United kekurangan ‘idea’ untuk menewaskan Everton dalam aksi Liga Perdana di Old Trafford, semalam.

Skuad kendalian Solskjaer mendominasi permainan sebelum dan selepas jaringan sendiri Victor Lindelof yang meletakkan pelawat di depan sebelum mengikat permainan menerusi gol lewat Mason Greenwood.

Keputusan menyaksikan United jatuh ke tangga keenam liga dengan Solskjaer menuding jari kepada daya kreativiti pemainnya.

“Kami kecewa tidak mendapat tiga mata,” kata Solskjær. “Kami tidak mempunyai idea untuk memenanginya menuju penghujung perlawanan. Kami berjaya mengekang mereka dan jika ada pasukan yang akan menang, ia adalah kami.

“Adalah mudah untuk berdiri dari luar dan melihat permainan dan berkata: ‘Bolehkan, perlukah’. Tetapi ia adalah disebabkan kekurangan ketenangan yang mungkin kami boleh dapat menerusi pengalaman.

Reaksi pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kiri) bersama pengendali Everton ketika kedua pasukan bertarung pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

“Pemain-pemain muda mahu memberikan yang terbaik dan kami tidak mempunyai ketenangan tambahan. Kamu mahu memberikan bola kepada Mason kerana dia tenang dan tersusun, dan apabila dia mendapat peluang, dia tidak akan mensia-siakannya.”

Keputusan seri yang mengikuti kemenangan ke atas Tottenham dan Manchester City bermakna United masih belum meraih tiga kemenangangan berturut-turut dalam saingan liga.

“Kami mengambil beberapa langkah ke depan. Hari ini bukan langkah ke belakang yang besar, ia lebih kepada kekal,” kata Solskjær. “Kami sebagai satu pasukan akan bergerak ke depan.”

Solskjær dalam pada itu enggan terpalit dengan laporan yang menyatakan dia berhasrat untuk membawa penyerang RB Salzburg,  Erling Haaland ke Old Trafford. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: