Gol ‘Son-aldo’ memang terbaik – Mourinho

22

LONDON: Jose Mourinho memuji jaringan hebat Son Heung-min ketika Tottenham membelasah Burnley 5-0 sebagai jaringan terbaik sejak gol hampir sama dilakukan pemain legenda Brazil, Ronaldo.

Pada hari pemain itu dihadiahkan anugerah Pemain Tahunan Antarabangsa Terbaik Asia oleh rakan senegara, Park Ji-sung, Son menunjukkan di mana tempatnya dalam kalangan elit dengan jaringan terhebat dalam kariernya.

Ketika Spurs sudah selesa dengan gol awal Harry Kane dan Lucas Moura, Son mencuri tumpuan sebelum tamat babak pertama di utara London apabila dia membawa bola dari kawasan sendiri mengatasi pertahanan Burnley dan menyudahkannya dengan tenang.

Jaringan ke-77 Son bersama Spurs sejak berhijrah dari Bayer Leverkusen pada 2015 nyata terbaik pernah dihasilkan.

Jaringan ke-10 musim ini daripada pemain sayap berusia 27 tahun itu berkedudukan antara terbaik pernah dijaringkan pemain Tottenham, disenaraikan sebaris Ricky Villa pada final Piala FA 1981 dan gol Gareth Bale pada Liga Juara-Juara menentang Inter Milan pada 2010.

“Sebelum gol ini, anak lelaki saya memanggilnya Son-aldo dan hari ini dia memang Son-aldo!” kata Mourinho.

“Ini adalah gol menakjubkan. Saya tahu dia akan sampai ke penjaga gol, kawalannya sukar disekat. Penjaga gol memang bagus, tetapi dia tetap berjaya.

“Yang boleh membandingkannya ialah ketika saya di Barcelona dengan Bobby Robson. Ronaldo Nazario, Compostela berdepan Barcelona, 1996.

“Ronaldo mendapat bola dekat garisan tengah dan menjaringkan gol yang sama, gol yang menakjubkan.” – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: