Vivo S1 Pro gabung teknologi fotografi, perisian canggih

0

10

- Advertisement -

PUCHONG: Pengeluar telefon pintar, Vivo Malaysia melancarkan peranti terkini S1 Pro yang ditawarkan pada harga RM1,199.

Vivo S1 Pro, telefon pintar terkini yang menggabungkan teknologi fotografi dan perisian canggih akan mula berada di pasaran bermula 7 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mike Xu, berkata S1 Pro lebih daripada kecanggihan teknologi dan ia adalah suatu konsep yang menetapkan standard reka bentuk terbaik untuk gaya hidup belia.

“Sebagai contoh, Kuad Kamera AI 48 MP disusun untuk membentuk bentuk berlian unik yang dapat menarik perhatian.

“S1 Pro menggabungkan ciri utama industri yang membuktikan dedikasi kami untuk menyampaikan reka bentuk peranti yang berkualiti tinggi dan menakjubkan kepada pengguna, terutama belia,” katanya selepas majlis pelancaran Vivo S1 Pro di sini, hari ini.

Xu berkata, S1 Pro adalah contoh sebenar bagaimana Vivo mereka bentuk pengalaman pintar terkemuka industri untuk memenuhi keperluan pengguna muda kami di Malaysia.

“Ciri-ciri fotografi gred profesional untuk menghasilkan gambar menarik Vivo memahami keperluan pengguna dalam usaha mereka untuk menghasilkan swafoto yang jelas dan cantik.

“Kami berharap S1 Pro menjadi model paling laris bagi kategori telefon pintar RM1,000 hingga RM1,500,” katanya.

Vivo S1 Pro hadir dengan kamera depan 32 MP untuk mempamerkan kecantikan setiap inidividu dengan sempurna.

Kamera depan juga dilengkapi dengan AI Face Beauty yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri wajah mereka, membawa kegembiraan dan keseronokan kepada fotografi.

Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan (AI), peranti ini menyediakan pengalaman fotografi yang terbaharu dengan kejelasan foto yang lebih baik.

S1 Pro juga memperluaskan sudut tontonan pengguna hingga 120 darjah dengan kamera Super Wide-Angle 8MP yang membantu meluaskan ufuk fotografi.

S1 Pro dilengkapi dengan Paparan Super AMOLED 6.38-inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90 peratus, peranti ini sesuai untuk generasi muda yang menikmati pemandangan luas tanpa sempadan untuk pengalaman pintar yang tidak dapat dilupakan.

Pemproses S1 Pro iaitu Qualcomm Snapdragon 665 octa-core disokong oleh RAM 8GB dan 128GB ROM, memastikan prestasi pantas dan lancar untuk keperluan berbilang tugas dan keperluan permainan pengguna.

S1 Pro tampil dengan dua pilihan warna menarik yang bersesuaian dengan gaya hidup belia iaitu Knight Black dan Fancy Sky.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: