25

- Advertisement -

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang meledak dua gol tetapi gagal membantu Arsenal meraih kemenangan apabila terikat 2-2 di Norwich City pada penampilan sulung Freddie Ljungberg sebagai pengurus sementara, malam tadi.

Pada aksi di Carrow Road itu, Arsenal terpaksa bangkit dua kali dengan Norwich terlebih dulu mendahului permainan menerusi Teemu Pukki pada minit ke-21.

Kedudukan itu kemudian disamakan Aubameyang menerusi penalti, lapan minit berselang sekali pun sepakan pertamanya berjaya diselamatkan Tim Krul.

Pengadil begitupun mengarahkan sepakan itu diambil semula selepas Video Bantuan Pengadil mendapati pemain Norwich bergerak ke kawasan penalti lebih awal.

Todd Cantwell kembali meletakkan tuan rumah di depan pada masa kecederaan babak pertama namun Aubameyang muncul penyelamat dan memastikan Gunners membawa pulang satu mata dengan jaringan pada minit ke-57.

Begitupun, keputusan seri itu menyaksikan kemarau tanpa kemenangan Arsenal berlarutan kepada enam dalam saingan Liga Perdana.

Keputusan turut menyaksikan Norwich kekal di tangga kedua tercorot liga selepas hanya mengutip 11 mata daripada 14 perlawanan dengan Arsenal mengisi tangga kelapan. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: