39

NEWCASTLE: Penyandang juara, Manchester City melepaskan dua mata penting bagi pemburuan kejuaraan Liga Perdana ketika jaringan lewat Jonjo Shelvey menghadiahkan Newcastle United keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri, malam tadi.

Ketika jaringan padu Kevin De Bruyne pada minit ke-82 seakan mampu memberikan City kemenangan, Newcastle begitupun bangkit buat kali kedua apabila Shelvey melepaskan rembatan lencong melepasi Ederson pada minit ke-88.

Terdahulu, Raheem Sterling meletakkan City mendahului pada minit ke-22 tetapi kelebihan itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Jetro Willems menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Sekali pun lebih menguasai permainan, City gagal untuk melepasi pertahanan kemas Newcastle tetapi jaringan De Bruyne pada jarak 25 meter seakan mampu mengesahkan tiga mata buat pelawat.

Begitupun, Newcastle jelas memiliki perancangan berbeza yang menyaksikan pengendali City, Pep Guardiola meninggalkan padang dengan kekecewaan.

Jika Liverpool menewaskan Brighton & Hove Albion, skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan menjarakkan kedudukan kepada 11 mata di depan City.

Bagi Newcastle kendalian Steve Bruce, keputusan itu menyaksikan mereka ketika ini dibezakan enam mata daripada zon penyingkiran. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.