09

KUALA LUMPUR: Jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO meluaskan lagi empayar jenamanya dengan membuka kedai pertama seumpamanya yang memiliki kemudahan ‘Experience Zones’ dan ‘Service & Repair Zone’ di pusat membeli-belah di ibu kota.

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen, berkata kedai dengan konsep berkenaan dibuka dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada pengguna setia OPPO.

Katanya, menerusi penyediaan pengalaman kreatif dan inovatif sama ada dalam talian atau secara ‘offline’, ia menjadikan OPPO terus bertahan sebagai jenama pilihan utama dengan sambutan memberangsangkan untuk terus berada dalam pasaran industri telefon pintar.

“Konsep kedai ini sangat menarik dengan elemen futuristik berwarna putih serta hijau yang direka semata-mata untuk membina hubungan baik antara pengguna dan jenama, selain memberi peluang pengguna merasai sesuatu yang moden dan selesa sambil melihat produk terbaharu OPPO.

“Malah pameran telefon pintar sedia ada dengan kombinasi Internet of Things (IoT) turut ditawarkan untuk keterujaan pengalaman yang lebih kepada pelanggan.

“Ini adalah usaha OPPO untuk menguatkan jenama di negara ini memandangkan ia semakin mendapat permintaan tinggi dikalangan pelanggan premium,’ katanya pada pelancaran kedai OPPO, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah selebriti duta OPPO, Zul Ariffin.

Nikki berkata, pembukaan kedai ini juga seiring dengan trend pengguna yang gemar membeli dalam talian, justeru dengan adanya stor secara fizikal ini, mereka boleh membuat perbandingan dan mendapatkan maklumat mengenai teknologi telefon pintar OPPO yang terkini.

“Berdasarkan laporan Canalyst, OPPO masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama kedua pilihan pengguna di pasaran Malaysia sejak Q3 2018.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.