11

Mazda3 baharu telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Dunia Untuk Wanita 2019 dengan menewaskan pesaing terdekatnya termasuk Audi e-Tron Quattro, BMW 3 Series G20, Tesla Model 3 dan Volvo S60.

Malah model ini turut dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Famili 2019 dalam penganugerahan Car Of The Year (COTY) di Dubai International Motor Show yang berlangsung di Dubai hujung minggu lalu.

Lain-lain pemenang kategori termasuklah Kia XCeed yang menerima anugerah Kereta Urban, dan Kia Soul EV pula terpilih sebagai Kereta Hijau Tahunan Dunia. Manakala BMW 8 Series memenangi anugerag Kereta Mewah, sementara anugerah Kereta Prestasi menjadi milik Porsche 911. Manakala Range Rover Evoque baharu pula dinamakan sebagai SUV/Crossover Tahunan.

Mula diperkenalkan pada 2010, anugerah Kereta Terbaik Dunia untuk Wanita diadili oleh panel juri wanita dari 30 buah negara, dan pengadilan berdasarkan kriteria yang diperlukan oleh seorang wanita untuk membeli kereta. Ini termasuklah aspek keselamatan, nilai pada wang, penampilan estetika, ruang penyimpanan, mesra kanak-kanak, kemudahan pemanduan, warna, tarikan jantina dan juga undur-unsur menarik yang melibatkan sifat kewanitaan.

Mazda 3 baharu dilancarkan di Malaysia pada Julai lalu, dan ditawarkan dengan tiga varian (1.5, 2.0 High dan 2.0 High Plus) serta dua bentuk badan (sedan dan hatchback).

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.